Salam semua, bertemu lagi kita dan tinggi harapan saya agar semua yang membaca coretan ini berada dalam keadaan sihat dan ceria selalu. Dewasa ini kita dapat melihat banyak individu,kumpulan,syarikat dan peniaga-peniga menjana pendapatan melalui youtube. Makin bertambah insan-insan menjadi tukang review makanan, tempat pelancongan, review barangan, filem pendek dan banyak lagi dalam bentuk vedio.
Kumpulan-kumpulan ini digelar youtuber dan saya juga merupakan daripada salah seorang peminat tegar channel-chanel you tube ini, Daripada tengok-tengok biasa meningkat ke peminat dan pengikut setia. Terdapat juga mereka hanya membuat posting vedio mengenai toturial-torial dan cara menjana pendapat dengan you tube. dengan tag line "jana pendapatan dengan minat".
Saya beranggapan bahawa menjadi sorang youtuber ini satu perkara yang tidak terlalu sukar hanya perlu mencari idea merakam dan memuat naik ke you tube channel, dari tanggapan itulah saya telah mengdaftar channel you tube sendiri iaitu AMS CHANNEL.
TETAPI akhirnya saya sedar bahawa memuat naik sebuah vedio ke you tube walaupun vedio pendek bukanlah satu perkara yang mudah dan boleh dikatakan ianya teramat susah, hampir seharian mencuba bermula dari pagi subuh hari hingga lewat malam terhasil la sebuah vedio tahap budak tadika, saya sendiri merasakan vedio pertama saya itu lansung tiada kualiti.
Jika sesipa yang melihat vedio tersebut pasti akan tertawa dan bermacam cadangan penambahbaikan diberikan dan di pihak saya pula, saya terima semua dan saya sendiri sedar bahawa video itu langsung tiada kualiti NAMUN KOS BAGI VEDIO ITU ADALAH 39.99 USD !!!
MENGAPA BEGITU TINGGI HARGA NYA
baiklah saya akan kongsikan kisahnya, setelah mendaftar masuk untuk channel, saya dapati proses untuk memuat naik vedio di youtube adalah seperti berikut
1] Proses Merakam Video/Gambar
- untuk proses ni saya tidak menghadapi masalah kerana gambar telah tersedia di dalam lap top
2] Proses Menyunting atau edit vedio
- Di proses ini saya menghadapi masalah, kali terakhir saya mennyunting vedio adalah pada 2006 dan perisian yang digunakan ketika itu adalah windows movie maker di sokong oleh windows XP Dengan kelajuan ram 256mb..
![]() |
| memang sebuah kenangan yang berharga |
- Sudah tentu segala sudah berubah, saya telah mencuba memuat turun pelbagai perisian sunting video akan tetapi saya menghadapi masalah kerana semua bukan full versi. Jadi vedio tidak dapat di siapkan dan pada akhir edit watermark menjadi sikit kesan kepada vedio.
- Setelah mencuba banyak perisian dan melihat toturial-torial di youtube, pada pendapat saya sebagai seorang yang kosong dalam dunia suntingan vedio perisian FILMORA paling sesuai dengan diri ini.
![]() |
| Filmora Softwere |
- Namun begitu saya masih gagal untuk mendapatkan perisian secara versi penuh, dalam masa yang sama hari sudah semakin malam dan keputusan terakhir yang dibuat adalah beli filmora yang original versi daripada website.



