KENALI LANGKAWI

Pulau Langkawi Bandaraya Pelancongan


Langkawi merupakan salah satu daerah dalam negeri Kedah Darul AmanPulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Pulau Langkawi sebernarnya suatu gugusan pulau dan terletak di bahagian utara Negeri Kedah di pantai barat Semenanjung Malaysia yang berkeluasan kira-kira 478km. Langkawi terdiri dari gugusan 99 buah pulau dan pulau terbesar adalah Pulau Langkawi".

Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Pada suatu masa dahulu, Langkawi dikatakan menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. Kawi juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi. Batu Kawi dikatakan turut terdapat di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi."Kawi" dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan "HELANGKAWI" yang kemudian menjadi Langkawi.Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—"Langka" (keindahan) dan "Wi" (tidak terkira). Langkawi adalah sebuah nama yang sarat dengan misteri, mitos, dan legenda. Antara kisah legenda yang berkaitan dengan nama tempat di Langkawi termasuklah:
  • Gergasi Bertarung
  • Pulau Dayang Bunting
  • Mahsuri
  • Puteri Dayang Sari
  • Telani dan Telanai
  • Geroda dan Jentayu
  • Telaga Tujuh

Terdapat 6 mukim(kawasan) di Pulau Langkawi dan merangkumi keluasan 467 km. Enam mukim(kawasan) di pulau langkawi ialah :
  • Kuah
  • Padang Matsirat
  • Kedawang
  • Bohor
  • Ulu Melaka
  • Ayer Hangat


TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI ADALAH :

KOTA MAHSURI






DATARAN HELANG





PANTAI CHENANG





CABLE CAR







GELERI PERDANA






No comments:

Post a Comment