Friday, June 21, 2019

Petukaran Amni Kereta Sewa Ke Ams Blog

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA, SALAM MALAYSIA SEJAHTERA, SALAM KEDAH AMAN MAKMUR - HARAPAN BERSAMA MAKMURKAN KEDAH, SALAM LANGKAWI PERMATA KEDAH DAN SALAM PELANCONGAN.

Bersyukur ke hadrat Allah kerana diberi peluang untuk kembali ke dunia blog walaupun sangat sibuk dengan urusan-urusan dunia. disini saya ingin kongsikan beberapa perkara iaitu.,

- Akhirnya setelah lama blog saya ini tidak terusik sejak 2015, dan ketika itu blog ini menyediakan perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri dan untuk makluman semua saya masih mengusahakan nya walaupun tidak semacam dulu.

- Permulaan hingga akhir 2016 adalah satu tahun yang sangat memcabar bagi pengusaha dan peniaga-peniaga di mana saja seluruh Malaysia, dengan pergolakan politik, isu-isu semasa, skandal-skandal rahsua dan banyak lagi menyumbang kepada pelancongan dan peniagaan di semua peringkat.

- Kesan dari itu blog AMNI KERETA SEWA Menghentikan operasi buat sementara dan ketika itu muncul satu platform baru dalam langkawi yang menjadi satu cara untuk menjana pendapatan sampingan iaitu perkhidmatan e hailing(UBER DAN GRAB) 

- Saya juga tidak melepaskan peluang untuk menjadi seorang pemandu uber dan grab dan hari semakin hari peniagaan kereta sewa makin tinggal pengalaman dalam kenangan

- Daripada pemanduan uber dan grab, dari pengenalan dengan banyak pelancong dalam dan luar negara menyebabkan timbul minat dalam bidang pelancongan(mempromosikan produk2 pelancongan)

- Dan dari situ juga saya menghadiri Kursus asas pemandu Pelancong dan Alhamdulillah telah lulus dan berjaya mendapatkan lesen pemandu pelancong berlesen dengan Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia. 

Sekian,

No comments:

Post a Comment