LANGKAWI 22 JUN 2019.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, semoga semua dalam keadaan sihat hendaknya. Hari ni bermula dari sebelum subuh hujan dan mula membasahi bumi langkawi. Hujan bukan saja membawa rahmat kepada penduduk langkawi malah tumbuhan dan lain-lain makluk Allah turut merasainya.
Dalam aspek pelancongan hujan akan menyumbang sedikit kesan kepada aktiviti pelancongan, tambahan lagi aktiviti yang melibatkan tempat terbuka dan aktivit air. Aktiviti seperti ini terpaksa di hentikan atas faktor keselematan. ingat tag line ni "Keselematan Anda Keutama Kami".
Kebiasaannya di tempat pelancongan terdapat dua pilihan aktiviti luar dan dalam, apabila keadaan luar tidak mengizinkan maka aktiviti dalam yang akan menjadi tumpuan. Pelancong boleh melakukan aktivit seperti membeli belah lawatan ke muzium dan tempat-tempat yang terhindar daripada titisan air hujan.
ANTARA AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN DILANGKAWI BILA KEADAAN HUJAN ADALAH
- Membeli belah di premis-premis bebas cukai
- Geleri Perdana
- Kompleks KrafTangan
- 3D Muzium
- Skyrex
-Skydom
-Underwater wolrd
- dan aktiviti di kamar peraduan..zzzzzzzz
No comments:
Post a Comment